PENULISAN EKSKLUSIF BERSIRI: PERPECAHAN MELAYU |
||
|
PERPECAHAN
MELAYU SIRI
2 (b)
Dr. AQ
ISLAM
TERPERANGKAP, MENGAPA?
Merujuk kepada
siri 2 (a) mohon maaf, penulisan ini mengulang
di bahagian Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
sebagai rujukan terkini : ISLAM :
Komponen utama bagi bangsa Melayu sama juga dengan komponen pada tubuh manusia. Seorang manusia perlukan kepala, kaki, tangan, perut, dan berbagai bahagian yang menentukan kepala dan badan berkenaan.. Roh adalah untuk menentukan apakah ia manusia atau robot. Jadi dalam hal ini, Islam merupakan satu komponen yang menentukan. Itulah roh atau nyawa yang baik bagi badan. Dengan demikian maka apakah mereka Melayu sejati atau Melayu robot saja.? Dalam Perlembagaan Persekutuan diberikan penetapan tentang Islam dan orang Melayu. Satu hal yang perlu diperhatikan dengan mendalam ialah istilah dan makna yang terdapat dalam berbagai penulisan yang rasmi dan tidak rasmi. Ini termasuk tentang fahaman orang Melayu dan bukan Islam sendiri. Kajian hendaklah dilakukan dengan sungguh-sungguh. Jangan bergantung pada kamus itu dan ini seperti kebanyakan orang berdalil dan berdalih ! Penggunaan perkataan agama dieja sebagai ugama. Sebenarnya terdapat tiga jenis ejaan iaitu agama, ugama dan igama. Kamus bahasa Melayu sekarang tidak memaparkan perkataan “igama”. Agama dan ugama diberi erti yang sama padahal setiap satu itu jauh bezanya. Dahulu, sebelum penyamaan ejaan bagi Malaysia dengan Indonesia, selain daripada Johor orang mengeja atau memakai (u) iaitu “ugama”, manakala Indonesia mengeja (a) iaitu “agama”. Sekarang, semuanya orang memakai ejaan “agama”. Majlis Agama Islam termasuk Johor pun sama menggunakan ejaan “agama”. Kebanyakan orang boleh dikatakan tidak mengetahui sejarah asas perbezaan bagi tiga perkataan tersebut. Perkataan igama, ugama dan agama ini telah dipakai sebagai terjemahan daripada perkataan religion, dalam bahasa Inggeris. Sebabnya, berlaku demikian kerana “latar” penyampaian atau induk bahasa Perlembagaan Persekutuan termasuk Perlembagaan Negeri adalah bahasa Inggeris. Begitu juga terdapat dengan meluas tentnag terjemahan bagi perkataan ad-din dalam bahasa Arab ( umpama dalam al-Quran : innaddi-naindallahil-islam) di sebut sebagai agama, ugama dan dahulu di Johor disebut igama. Lantas setiap satu dihubungkan dengan Islam, disebut “agama Islam”.. Di samping itu, ada juga secara sendirian, mereka menggunakan ad-din apabila membincangkan hal ehwal Islam dalam bahasa Melayu. Mereka hanya menggunakan perkataan agama bila merujuk kepada agama lain. Hal ini bagi makna sebenar adalah lebih tepat. Sebabnya, menurut rujukan al_Quran dan Hais bahawa ad-din itu sendiri mempunyai makna dan konseptual yang luas dan terpelihara. Terdapat 38 ayat memakai ad-din dan sebanyak 42 ayat yang merupakan kaitan dengannya. [Satu penulisan yang mendalam ilmiah mungkin sudah ada tetapi penulis belum terbaca untuk dikutip bagi tajuk yang mencabar ini.] Bahasa : Makna dan konsep Di bawah ini akan dibincangkan tentang keadaan yang mengelirukan. Menurut penyelidikan penulis, bahawa tiga perkataan tersebut di atas memberi pengertian yang berbeza. Igama dahulu pernah dipakai oleh Melayu Riau-Johor walaupun mereka tidak meneliti tentang kedudukan makna asal Sebab bahasa Inggeris begitu berpengaruh dan sebahagian anak-anak pembesar negeri dan mereka yang ada pengaruh telah dilatih untuk jadi hakim, majistret dan peguam maka igama,agama dan ugama itu sama sahaja dengan konsep religion. Makna asal Igama bermaksud peraturan Tuhan iaitu ujudnya hubungan dengan Tuhan, Yang Ghaib. Manakala perkataan “agama” hanya merujuk kepada perihal peraturan negara seperti Perlembagaan dan akta yang ditentukan oleh ‘Majlis Negara’ ; dan perkataan “ugama” pula dipakai bagi peraturan masyarakat iaitu adat dan peraturan budaya kehidupan manusia.. Mengenai Islam dan yang berkaitan dengannya di Malaysia, antara lain sila lihat Ahmad Kamar,The Leadership of Parti Islam SeMalaysia (PAS), thesis Ph. (Hull 1977) dan versi lain (bahasa Melayu,UM, K.Lumpu 1984).
Suruhanjaya Lord Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan sebagai
undang-undang negara ini dengan memberi lapik kata
pertimbangan atas kehendak dan pendapat daripada berbagai pihak
rakyat. Sebagai yang diketahui bahawa bahasa yang dipakai ialah bahasa
Inggeris. Begitu juga bagi perlembagaan Negeri-negeri telah lama menggunakan bahasa
Inggeris. Justeru itu bahasa Inggeris dengan sendirinya menduduki di tempat
tertinggi. Ia menjadi bahasa induk
untuk diberikan pengertian atau terjemahan. Kamus bahasa Inggeris, seperti Oxford
dictionary, undang-undang Inggeris dan negara Komanwel merupakan rujukan
undang-undang negara ini. Keadaan pengaruh yang tebal tentu sahaja makna
“religion” membendung makna daripada pengaruh lain seperti perkataan Islam itu
sendiri. Undang Islam pun dipakai oleh
penulis Barat sebagai “Mohammadan Laws”. Ertinya, undang Islam
yang terdapat dalam Al-Quran itu telah dibuat atau direka oleh Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri.
Dari segi ilmu bahasa (linguistics), bahasa Inggeris mempunyai
kekuatan rujukan dalam berbagai cabang. Sejarah bangsa Eropah memisahkan
negara dari gereja merupakan satu titik tolak yang berani dan berat.
Rujukan makna bahasa dengan cepat jadi berubah. Hal ini kerana nilai dan norma dalam
sistem kehidupan mereka tidak lagi menumpukan pada pengajaran agama (terutama
katolik). Jadi tidak hairan mengapa
perkataan religion memakai makna yang terhad pada upacara yang dijalankan oleh kuasa
yang diberikan kepada gereja sahaja. Dalam hubungan ini kedudukan bahasa Melayu turut tergugat kerana bukan sahaja ramai yang kurang mendalam dengan dwi-bahasa, Melayu-Inggeris-Melayu, tetapi juga dalam pengetahuan Islam dan kemasyarakatan. Pada umumnya golongan terpelajar undang-undang kurang kesedaran tentang unsur “makna dan konsep” Islam apabila mereka menjadi pendakwa atau pembela atau hakim. [Dosa dan pahala adalah tertakluk kepada apa yang tertulis...dan seperti dalam siri 1 timbul pertanyaan : SIAPA YANG MENGHAKIMKAN HAKIM ?] sila ikuti sambungan siri 2 (c), insya-Allah. |